fb fb fb fb fb

Digitalisasi industri kreatif pelihara hasil kreatif penggiat seni

KUALA LUMPUR, 3 Februari - Digitalisasi industri kreatif mampu merancak dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (UiTM) Shah Alam, Ahmad Faisal Mohamed Fiah berpandangan ia juga mampu memelihara hasil kreatif pengiat seni negara.

"Kita dapat memelihara khazanah-khazanah dan juga hasil-hasil kreatif yang telah ataupun pernah dihasilkan.

"Pada masa akan datang digitalisasi ini akan lebih memudahkan daripada segi storan dan juga kita dapat berkongsi tanpa mengira latar geografi dan juga kita dapat berkongsi dengan peringkat serantau ataupun di peringkat global," katanya.

Tambahnya, pendigitalisasi ini juga dapat dinikmati dalam kadar ataupun kualiti yang baik pada masa akan datang.

Katanya, Ia turut dapat melahirkan lebih ramai pengiat seni kreatif dan membantu mereka berkongsi dan memasarkan produk sendiri ke peringkat antarabangsa.

Media Baharu