fb fb fb fb fb

Deklarasi Kuala Lumpur berjaya angkat imej negara

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 30 MEI - Deklarasi Kuala Lumpur diilihat berjaya mengangkat semula imej negara di peringkat serantau dan antarabangsa.

Menurut Profesor Madya Putra Business School, Dr. Ida Mad Yasin, deklarasi tersebut permulaan kepada usaha masa depan negara yang lebih inklusif dan mampan.

Sekaligus menjadi tunjang kepada pembinaan komuniti serantau yang lebih stabil dan sejahtera.

Ujarnya 500 strategik yang di gariskan bagi dua dekad akan datang itu memerlukan mekanisme pelaksanaan yang lebih startegik bagi memastikan keberkesanan dasar yang di laksanakan.

"Untuk pelan 20 tahun akan datang ini, deklarasi tersebut telah merangkakan lebih daripada 500 langkah startegik . Jadi sudah tentu langkah langkah startegik ini kembali kepada soal politik dan keselamatan, soal ekonomi dan soal sosio budaya.

"Jadi kita mengharapkan staregik ini akan digariskan dan akan dilaksanakan kerana sebarang startegik yang dirangka harus disusuli dengan tindakan yang sepatutnya pada masa ditetapkan . Jadi kita mengharap kan semua negara komunti ASEAN memberikan kerjasama dan komitmen yang penuh untuk mencapai apa yang dihasratkan 20 tahun akan datang iaitu visi komuniti ASEAN 2045," jelas beliau ketika dihubungi RTM.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN