fb fb fb fb fb

Dekati budaya Jepun di 'Hanabi Taikai'

Festival Hanabi Taikai dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan negara Jepun.

KUALA LUMPUR, 28 Jun - Kemeriahan pelbagai festival Jepun yang dianjur dalam negara antaranya 'Bon Odori' menyerlahkan ruang interaksi kepelbagaian budaya.

Terbaharu, Hanabi Taikai atau Festival Bunga Api menjadi satu lagi tradisi estetika yang menjadi tarikan buat pencinta budaya dari negara matahari terbit ini.

Festival anjuran Fakulti Bahasa & Linguistik dan Kelab Jepun Universiti Malaya ini bertujuan mempromosikan budaya Jepun dalam kalangan warga universiti dan masyarakat setempat.

Dekan Fakulti, Profesor Dr. Surinderpal Kaur, festival dimeriahkan dengan kehadiran hampir seribu pengunjung pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

"Festival ini sebahagian daripada kebudayaan di Asia bagi mengeratkan hubungan satu sama lain.

"Kami harap masyarakat di luar sana memahami bahawa universiti ini bukan hanya tempat pelajar mendapatkan ilmu tetapi juga menyerap pengetahuan mengenai kebudayaan lain," katanya kepada RTM.

Ketu Penasihat Program, Dr Jamila Mohd yang juga ketua penasihat program berkata,'Hanabi Taikai' memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman seolah-olah berada di negara itu.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan tersebut menyifatkan, penganjuran festival selari dengan minat rakyat Malaysia yang amat menyukai budaya dari negara matahari terbit ini.

Sementara itu, Pengarah Pengarah Program Hanabi Taikai, Muhammad Ammar Kaharudin berkata, tahun ini merupakan tahun ketiga program dianjurkan fakulti tersebut.

"Tahun ini penganjurannya lebih meriah dengan sokongan diberikan fakulti dan universiti," katanya.

Festival juga dimeriahkan dengan reruai dan gerai makanan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan, barangan dan kebudayaan Jepun.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN