fb fb fb fb fb

Dana FINAS: SOP permohonan dikaji semula, elak diseleweng lagi

(Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching)

KULAI, 15 April- Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi permohonan dana filem Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) perlu dikaji semula, supaya tidak diseleweng pada masa akan datang.

Beberapa perkara boleh ditambah baik, demi memastikan dana disalur benar-benar membantu penerbit dan industri filem negara.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, setakat ini, hanya tiga daripada 47 individu dan syarikat produksi yang diberi surat tuntutan oleh FINAS kerana menyeleweng dana sudah membuat pembayaran semula.

Ujarnya, pihak yang enggan memenuhi tuntutan akan disenarai hitam sekiranya mahu memohon mana-mana dana FINAS pada masa akan datang.

"Kita tubuhkan dana tersebut supaya boleh bantu industri filem dan kita nak nampak industri filem berkembang tapi kami tak boleh izin mana- mana pihak salah guna duit rakyat, dana FINAS untuk apa- apa kegunaan sendiri," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan baju raya sempena  Program Cahaya Ramadan bersama Telekom Malaysia di Kulai.

Sebelum ini FINAS mendedahkan terdapat 47 individu dan syarikat produksi menyeleweng dana filem berjumlah RM20 juta untuk kepentingan peribadi.


(Teo Nie Ching menyampaian sumbangan pada Program Cahaya Ramadan bersama Telekom Malaysia di Kulai)

Media Baharu