fb fb fb fb fb

Dakwaan MCA berhasrat keluar daripada BN tidak benar

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan parti komponannya, MCA didakwa berhasrat mahu meninggalkan gabungan selepas 72 tahun bersama.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, spekulasi MCA akan keluar daripada BN hanya kenyataan yang dicipta oleh golongan tertentu.

"MCA telah pun membuat kenyataan bahawa itu hanya lah merupakan khabar angin yang cuba dicipta oleh kalangan tertentu. Presiden dan juga Setiausaha Agung MCA telahpun mengeluarkan kenyataan, memaklumkan bahawa perkara itu tidak berlaku.

"Kita sentiasa mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi BN. Jadi, tidak ada masalah daripada segi melibatkan parti nak keluar semua ini. Kita sentiasa bersama termasuk dalam hal-hal berkaitan dengan suasana politik
dan sebagainya, kita bincang secara terbuka,"katanya.

Datuk Seri Dr Zambry berkata kepada media selepas merasmikan merasmikan Majlis Penutupan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras Tahun 2024 di ibu negara.

Semalam, media melaporkan MCA didakwa mahu keluar daripada BN susulan pucuk pimpinan dan akar umbi tidak lagi gembira dengan kedudukan parti terbabit dalam BN.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE