fb fb fb fb fb

Cuti perayaan tempahan bilik hotel di Port Dickson meningkat

PORT DICKSON, 4 Mei - Kelonggaran SOP ditambah pula cuti perayaan memberi nafas lega kepada sektor perhotelan.

Di Port Dickson, kebanyakan hotel dan resort menerima tempahan bilik sehingga memenuhi kapasiti 80 peratusan.

Menurut Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Negeri Sembilan, Haziz Hassan, perkara itu didorong kelonggaran rentas negeri pada Aidifitri dan insentif yang telah diberi kepada keseluruhan penjawat awam.

(Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Negeri Sembilan, Haziz Hassan)

"Kita punya tempat strategik dan saya anggrkan kalau sebelum ini pun kalau sembilan hari saya anggarkan sekurang-kurangnya 70% hingga 80% kalau hujung minggu tu kita akan capai 100% dia punya trend dan saya anggarkan lebih ramai orang dengan penjawat awam semua dapat insentif," kata Haziz kepada wartawan di sini.

Sementara itu, penggiat sektor perhotelan tidak memandang enteng kelonggaran yang diberi.

Malah, usaha untuk memastikan premis sentiasa terpelihara daripada terkena jangkitan virus COVID-19 tetap diteruskan.

"Kita masih buat SOP KKM seperti pensanitasian kita cuba elak sebarang aduan jadi kita memang sanitasi bilik," kata Penolong Pengarah Urusan Hotel Avillion Admiral Cove, Dolly Kaur.

"Seawal program bulan enam tujuh terus buka memang macam tu tapi kesan ketara belum lagi, kami banyak terima komen positif terutamanya tentang kelonggaran dari segi kuarantin dan status vaksinasi itu merancakkan," kata Pengarah Jualan Lexis Hibiscus Port Dickson, Zefry Rasdi

"Hotel kami memang ada sendri peraturan dalaman. Contohnya penggunaan kolam renang masih perlu pendaftaran. Begitu juga penggunaan gym dan sauna, untuk mengehadkan pengguna masa yang sama kerana pelanggan yang datang resort untuk satu malam je tapi staf sentiasa ada dekat sini. Jadi kami harus dapatkan keseimbangan antara pelanggan yang datang bercuti dengan tempat kerja yang selamat untuk staf," kata Ketua Eksekutif Kumpulan Tasik Villa, Jofhua Yeong Kong Zhi

"Dua tahun lepas kita hadapi pandemik raya tak seperti biasa, tahun ni satu peluang cerah dan kebanyakan rakyat Malaysia beragama Islam bersedia untuk merayakan Hari Raya dengan lebih besar bersama keluarga," kata Presiden Royal Port Dickson Yacht Club, P. Thavanesan.



Media Baharu