fb fb fb fb fb

Cubaan seludup rokok putih dan arak bernilai lebih RM700,000 dipatahkan Polis Marin Wilayah Tiga Tok Bali

BACHOK, 24 Jun- Polis Marin Wilayah Tiga Tok Bali Pasir Puteh Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup 4,350 karton rokok putih dan 300 kotak arak bernilai lebih RM700,000 di Bachok awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota diketuai Pegawai Pemerintah Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Tok Bali, ASP Nik Ali Nik Mat jam 1.30 pagi menerusi Op Landai di sebuah rumah yang dipercayai dijadilan transit barang kontraban di Kg Balai, Bachok.

Ketika pasukan serbuan tiba dilokasi, mereka menemui sejumlah kotak -kotak berwarna coklat bertulis Inter Blend sebanyak 50 kotak di hadapan rumah.

Pemeriksaan lanjut menemukan 37 kotak rokok seludup dan 300 kotak arak jenama Cheer X-tra di dalam rumah tersebut yang dipercayai belum lulus cukai kastam.

Suspek, seorang lelaki ditahan dan kesemua barang kes iaitu 870,000 batang rokok putih dan arak dirampas.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Suspek direman mulai hari ini.


(Rokok putih dan arak yang dirampas)

Media Baharu