Cuaca panas: Pengusaha taska disaran tidak jalankan aktiviti luar

Gambar hiasan janaan AI

KUCHING, 5 April – Pengusaha taska disaran tidak menjalankan aktiviti luar ketika musim cuaca panas bagi menjaga keselamatan kanak-kanak, khususnya yang berusia di bawah tiga tahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kanak-kanak perlu ditempatkan di kawasan terlindung dan tidak didedahkan kepada suhu tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan.
  • Pengusaha dan penjaga diminta memberi penerangan kepada kanak-kanak mengenai keadaan cuaca kerana isu ini tidak boleh dipandang ringan.
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat bersiap siaga dengan 4,785 kakitangan serta 150 kaunselor dan pegawai psikologi membantu masyarakat terjejas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kanak-kanak sebaiknya berada di kawasan terlindung dan tidak terdedah kepada suhu tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan.

“Kita mengingatkan supaya kanak-kanak diberi penerangan mengenai keadaan cuaca kerana perkara ini tidak boleh dipandang ringan,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat turut bersiap siaga dengan menggerakkan 4,785 kakitangan di seluruh negara serta 150 kaunselor dan pegawai psikologi bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat cuaca panas.