(Murid SK Temenggong Abdul Rahman 1 di Johor Bharu)
JOHOR BAHRU, 3 Mei- Semua 641 murid termasuk pra sekolah dan 42 pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong Abdul Rahman 1 di sini hadir ke sesi persekolahan dengan memakai pakaian sukan, susulan cuaca panas.
Mereka menyambut baik saranan Kementerian Pendidikan (KPM) yang melonggarkan etika berpakaian ke sekolah sepanjang musim panas ketika ini.
Sementara itu, semua aktiviti sukan dijalankan di kawasan berbumbung bagi memberi keselesaan kepada murid, selain mengekalkan kecergasan mereka sepanjang berada di sekolah.
"Pakai baju sukan selesa dan tak panas sangat. Kami tidak dibenarkan main (bersukan) di padang sebab cikgu beritahu cuaca terlalu panas, jadi kami main dalam dewan sahaja," kata Azfar Syazwi Azmi, murid darjah enam.
(Azfar Syazwi Azmi)