fb fb fb fb fb

COVID-19: Lapan kluster masih aktif

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 3 Disember- Jumlah kes COVID-19 meningkat 57.3 peratus iaitu 3,626 kes pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME47/2023) bagi tempoh 19 hingga 25 November berbanding 1,801 kes yang dilaporkan minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata majoriti kes 48 peratus terdiri daripada mereka berusia 20 hingga 40 tahun dan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan.

"Kes mingguan yang masih aktif dikesan melepasi angka 1,000 pada setiap minggu sejak ME41/2023 sehingga minggu lalu dengan kadar peningkatan antara 7.1 peratus hingga 57.3 peratus.

"Lapan kluster masih aktif dengan jumlah 121 kes terlibat dalam kluster tersebut.

"Jumlah kumulatif kluster yang dilaporkan sehingga ME 47/2023 adalah sebanyak 7,248 dengan majoriti adalah kluster pendidikan.

"Manakala kadar kemasukan pesakit termasuk yang disyaki dijangkiti ke fasiliti kesihatan juga meningkat kepada 2.9 peratus bagi setiap 100,000 penduduk," katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, empat varian Omicron baharu turut dilaporkan terdiri daripada varian dibimbangi (VOC) dengan dua kes varian Omicron baharu, BA.2.86, telah dilaporkan melalui aktiviti saringan gejala di klinik kesihatan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) varian berkenaan dilaporkan di 46 buah negara.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM