fb fb fb fb fb

CIQ: JKR Johor laksana kerja pembersihan

(FOTO FB onnhafizghazi)

JOHOR BAHRU, 27 April-Jabatan Kerja Raya Johor (JKR)telah diminta bagi melakukan kerja pembersihan pada kadar segera di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar di sini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata tindakan tersebut berikutan aduan yang diterima pihaknya berhubung pencemaran bau yang dipercayai berpunca daripada air sinki yang tersumbat.

"Syukur alhamdulillah, hari ini kerja-kerja pembersihan telah dimulakan. InsyaAllah kerajaan negeri mendengar dan memahami keluhan yang dialami oleh setiap pengguna dan akan terus mengambil tindakan demi keselesaan dan keselamatan rakyat", katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Katanya lagi, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi menyelenggara dan memperbaiki sistem sedia ada di Kompleks tersebut.

"InsyaAllah, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan akan terus berusaha menyelenggara dan memperbaiki lagi sistem sedia ada," katanya di Facebook.


(Kerja-kerja pembersihan di CIQ Sultan Iskandar, Johor Bahru/Foto onnhafizghazi)

Media Baharu