fb fb fb fb fb

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh / Foto Hiasan / Fail

TAWAU, 23 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa bagi memastikan tiada penyeludupan dan ketirisan barangan kawalan di perairan Sabah.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata pemantauan rapi dijalankan secara berterusan melalui pelbagai operasi khas yang dilaksanakan sepanjang tahun.

“Kita sentiasa memantau harga barangan melalui Ops Pantau, mengawasi barangan kawalan menerusi Ops Tiris, serta mengawal isu beras campuran di Semenanjung melalui Ops Campur. Usaha ini berterusan tanpa mengira musim perayaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sesi Turun Padang Zon Sabah, di sini.

Baru-baru ini, beberapa cubaan menyeludup barangan kawalan ke luar negara melalui sempadan Tawau berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN