fb fb fb fb fb

Bukan hanya soal sempadan, Malaysia utamakan misi selamatkan nyawa pelarian Rohingya

FOTO BERNAMA

KOTA KINABALU, 17 November - Malaysia menegaskan keutamaan kerajaan ialah menyelamatkan nyawa dalam insiden membabitkan pelarian Rohingya yang ditemui di perairan berhampiran Langkawi, selepas dibawa arus dari Putu Karam di perairan Thailand.

Penegasan itu disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

"Kita tidak menjadi signatory kepada Convention on Refugees buat masa sekarang, itu keputusan kita. Tapi tidak bermakna kalau mereka sampai, sama ada hidup ataupun meninggal kita biarkan begitu.

"Sebab itu bermula daripada hari mayat pertama ditemukan, hari yang sama kita luncurkan gerakan Operasi Carilamat. Kita kerahkan 177 anggota daripada pelbagai komponen. Hal ini bukan soal sempadan negara sahaja," katanya.

Kumpulan pelarian berkenaan dipercayai warga Myanmar dari komuniti Rohingya yang sebelum ini ditempatkan di kem Cox’s Bazar, Bangladesh sebuah kawasan yang kini menampung lebih 1.2 juta pelarian dalam keadaan hidup semakin kritikal.

Siasatan awal mendapati mereka dibawa dengan kapal induk sebelum dipindahkan ke bot kecil berhampiran sempadan Thailand, namun bot berkenaan dipukul ombak kuat sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Malaysia bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand dalam operasi menyelamat, memandangkan insiden berlaku di kawasan berhampiran sempadan maritim kedua-dua negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE