KUALA LUMPUR, 27 September - Peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sangat penting kepada pelengkap dasar kerajaan.
Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata, NGO memainkan peranan menyuburkan budaya filantropi dalam masyarakat, seterusnya menjadikan negara kaya dengan jiwa kemanusiaan.
"Begitulah pentingnya peranan NGO dalam negara ini. Mereka menjadi penghubung di antara cita-cita nasional dan realiti sebenar rakyat di lapangan," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Katanya, budaya filantropi juga dapat membantu Malaysia tampil sebagai negara yang makmur dari segi ekonomi.
Selain itu, pembangunan material dan pembangunan rohani juga bergerak seiring dalam membina sebuah negara bangsa yang beradab.
Terdahulu, Datuk Seri Dr Zaliha merasmikan Majlis Pra Peluncuran Anugerah Perdana NGO Malaysia dan juga peluncuran Mega Briswalk Malaysia MADANI.
"Dalam ucapan, saya gemburkan tentang manfaat budaya filantropi, di mana ianya akan menanamkan nilai ihsan dalam masyarakat, seiring ruh MADANI," katanya.