fb fb fb fb fb

Rumah pekerja musnah dijilat api

FOTO JBPM SARAWAK

PUSA, 27 September - 10 pintu rumah pekerja di sebuah ladang sawit di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Bagaimanapun, kesemua penghuni terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita dilaporkan selamat kerana tidak berada di rumah ketika kejadian.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 9.58 pagi sebelum 12 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok serta Betong digegaskan ke lokasi.

“Pasukan bomba berjaya memadam kebakaran sepenuhnya menggunakan dua aliran Salur Bantu Mula, pam jentera dan sumber air dari tangki jentera,” jelas PGO dalam kenyataan.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 11.45 pagi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE