fb fb fb fb fb

Brazil nafi capai kata sepakat dengan Ancelotti

(Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti/ AFP)

SAO PAULO, 11 Februari- Persekutuan Bola Sepak Brazil pada Jumaat menafikan pihaknya telah mencapai persetujuan dengan jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti untuk mengendalikan juara Piala Dunia lima kali itu.

"Maklumat itu adalah palsu," kata persekutuan itu dalam satu kenyataan ringkas. "Persoalan mengenai jurulatih baharu sedang ditangani secara telus dan jurulatih yang dipilih akan diumumkan apabila tiba masanya."

Ancelotti kini bersama Real di Maghribi pada Piala Dunia Kelab, di mana pasukannya akan menentang Al Hilal dari Arab Saudi pada perlawanan akhir Sabtu ini.

Jurulatih dari Itali berusia 63 tahun itu memberitahu sidang akhbar pada hari Jumaat bahawa niatnya adalah untuk meneruskan kontraknya bersama Real.

"Situasi saya cukup jelas. Saya mempunyai kontrak sehingga 2024," kata Ancelotti, yang kembali untuk kali kedua bersama Real pada awal musim lalu.

Brazil sedang mencari jurulatih baharu selepas Tite meletak jawatan berikutan kekalahan di suku akhir kepada Croatia menerusi penentuan sepakan penalti pada Piala Dunia 2022.

Bekas jurulatih Sepanyol Luis Enrique, bos Manchester City Pep Guardiola, Zinedine Zidane dan Jose Mourinho semuanya disebut-sebut oleh media Brazil sebagai bakal pengganti Tite.-AFP


(Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti/ AFP)

Media Baharu