fb fb fb fb fb

Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 bermula hari ini

KUALA LUMPUR, 11 Februari- Sebanyak 13,000 peluang pekerjaan termasuk kira-kira 20% daripadanya terbuka kepada golongan orang kurang upaya (OKU) membabitkan 140 syarikat dari pelbagai sektor dan industri.

Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada hari ini dan esok.

Selain itu, Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) turut diadakan untuk memperkenalkan skim perlindungan suri rumah itu lebih dekat dengan rakyat Malaysia.

Program selama dua hari itu dijangka dikunjungi lebih 5,000 pencari kerja di seluruh negara di samping menarik kehadiran pengunjung khususnya golongan suri rumah dan wanita serta badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyempurnakan Pelancaran SKSSR & Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 hari ini.

Penganjuran karnival berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan KSM melalui Perkeso untuk mewujudkan peluang pekerjaan secara mampan kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan rentan seperti OKU.

(Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023)

Justeru, Perkeso menyeru semua suri rumah dan pencari kerja di seluruh negara memanfaatkan peluang tersebut dengan berkunjung ke Pelancaran SKSSR & Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 pada hujung minggu ini.

Perkeso menggalakkan mereka yang ingin mencari pekerjaan supaya mendaftar di pautan www.myfuturejobs.gov.my/career sebelum hadir ke Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023.

Media Baharu