fb fb fb fb fb

Bot nelayan tempatan karam, 16 kru selamat, seorang masih hilang

LANGKAWI, 8 Februari- Sebuah bot nelayan tempatan karam di kedudukan 5.0 batu nautika, barat laut Pulau Payar, Langkawi sekitar pukul 10.40 pagi semalam.

16 kru selamat manakala seorang lagi masih hilang.

Operasi CARILAMAT Maritim Malaysia diaktifkan pada pukul 11.15 pagi dan bot PENYELAMAT 5 serta PERKASA 1224 diatur gerak kelokasi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, 16 daripada 17 kru bot, warga Thailand termasuk tekong berjaya diselamatkan oleh dua bot nelayan tempatan di sekitar lokasi sebelum di pindahkan ke bot PENYELAMAT 5.  

Mangsa yang hilang dikenalpasti sebagai Phanu Tarurak.

Bot nelayan tempatan Kelas A terbabit mengalami kerosakan 'sea water inlet hose' yang tercabut menyebabkan air memasuki bilik jentera mengakibatkan bot karam.

Usaha mencari seorang lagi mangsa yang disyaki tenggelam bersama bot karam diteruskan dengan mendapatkan khidmat penyelam daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Media Baharu