fb fb fb fb fb

BN pertahan DUN Sungai Tiang, PH bertanding di DUN Tokai

(Datuk Seri Mahdzir berkata jentera kedua-dua parti juga akan bekerja keras serta
menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi bagi memenangi kedua-dua kerusi)

PENDANG, 4 Jun- Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, manakala DUN Tokai akan ditandingi Pakatan Harapan (PH) dalam PRN akan datang.
 
Kedua-dua DUN berkenaan terletak dalam kawasan Parlimen Pendang.
 
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pada dasarnya perkara itu telah dipersetujui secara bersama oleh BN dan PH yang kini bergabung bawah Kerajaan Perpaduan.
 
Jentera kedua-dua parti juga akan bekerja keras serta menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi bagi memenangi kedua-dua kerusi.
 
"Saya optimistik bahawa jika gabungan ini, jentera parti kedua-dua belah pihak (BN-PH) mempunyai kekuatan, semangat dan kemahuan bersolidariti untuk menang saya yakin bahawa potensi dewan-dewan undangan negeri yang ada ini kita dapat balik.

"PH dia ada kerusi-kerusi yang dia menang pada 2018, yang tu dia nak kekalkan dan kita pula nak dapatkan semula," Mahdzir kepada RTM selepas menghadiri Program Jelalah Jom Kalih Bagi Sama peringkat UMNO Bahagian Pendang di Dewan Cenderawasih, di sini.
 
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Pendang merangkap ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob.
 
Ketika ini, DUN Tokai diwakili PAS, manakala Sungai Tiang, BN.

(Datuk Seri Mahdzir berkata, pada dasarnya perkara itu telah dipersetujui secara bersama oleh
BN dan PH yang kini bergabung bawah Kerajaan Perpaduan)


 
 

Media Baharu