fb fb fb fb fb

Usaha pupuk minat anak-anak membaca perlu lebih kreatif

(Datuk Seri Nancy bergambar bersama Buku Puisi Ganjil Satu dan penulis buku tersebut Tan
Sri Hamad Kama Che Piah (kiri) selepas majlis pelancaran ketika di WTC/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 4 Julai- Usaha memupuk dan menarik minat anak-anak membaca perlu dilakukan dengan kaedah lebih kreatif.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata usaha itu terutama menggunakan kecanggihan teknologi terkini berupaya menyemai minat membaca.

Ia juga memberi peluang kepada anak-anak untuk memilih bahan bacaan yang diminati dan mencari maklumat yang boleh menjurus kepada pemikiran kritikal.

"Mereka yang dalam kumpulan itu akan berfikir. Menjadi orang yang mencari jalan berfikir...tidak buntu pemikirannya. Bagi saya kita punya saingan Google..kita perlu mendidik sama ada maklumat itu tepat atau tidak kena cari juga walaupun Google itu banyak maklumatnya.

"Ada juga buku kartun yang membawa kepada pemikiran kreatif, pemikiran kritikal yang memerlukan pembaca itu sama ada kanak-kanak atau siapa sahaja untuk berfikir," kata Nancy kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Buku Puisi Kumpulan Puisi: Puisi Ganjil: SaTU! di sini.

Tambahnya, penerbitan buku dalam industri buku tempatan masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bagi negara maju iaitu satu peratus berbanding jumlah penduduk.

Sehubungan itu, beliau berpandangan peranan menulis buku sewajarnya tidak hanya terhad kepada ahli akademik atau penulis karyawan. Orang ramai termasuk tokoh korporat juga boleh terlibat dalam penghasilan buku dan karya sastera.

(Datuk Seri Nancy menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Puisi Ganjil Satu ketika di WTC
/BERNAMA)

Media Baharu