
KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Golongan belia yang melengkapkan jumlah jam tertentu dalam aktiviti kesukarelawanan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih akan menerima insentif e-dompet RM100 menerusi program Budi Belia yang diperkenalkan kerajaan, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027, hari ini.
- Kerajaan merancang penganjuran Liga Perpaduan bagi menghidupkan semula sukan tradisional dan permainan rakyat, dengan sasaran penyertaan sehingga 200,000.
- Kadar geran Rukun Tetangga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 setahun untuk aktiviti kemasyarakatan, perpaduan dan integrasi nasional.
- Menurut Perdana Menteri, nilai ihsan perlu dipupuk dalam masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
- Kerajaan mengetengahkan amalan saling membantu rakyat sebagai gambaran nilai MADANI yang perlu dihayati dalam kehidupan seharian.
“Inisiatif itu bertujuan menyemai nilai ihsan dan semangat membantu dalam kalangan generasi muda.
“Bagi anak muda yang dapat melengkapkan jumlah jam dalam aktiviti kesukarelawanan bersama ngo terpilih, mereka akan menerima insentif e-dompet sebanyak 100 ringgit,” katanya.
Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan turut merancang penganjuran Liga Perpaduan bagi menghidupkan semula sukan tradisional dan permainan rakyat sebagai wadah perpaduan, dengan sasaran penyertaan sehingga 200,000 orang di peringkat komuniti.
Selain itu, kadar geran Rukun Tetangga bagi setiap kawasan berdaftar yang aktif akan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 setahun bagi membolehkan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan, perpaduan dan integrasi nasional dilaksanakan.
Menurut Perdana Menteri, nilai ihsan perlu terus dipupuk dalam masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
Kerajaan turut mengetengahkan contoh amalan saling membantu dalam kalangan rakyat sebagai gambaran nilai MADANI yang perlu dihayati dalam kehidupan seharian.