Belanjawan 2027: KPWKM usul naik elaun EPOKU, petugas PDK

Foto RTM

SHAH ALAM, 22 September – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengusulkan kenaikan elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) serta petugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) untuk dipertimbangkan menerusi Belanjawan 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • KPWKM mengusulkan kenaikan elaun EPOKU dan petugas PPDK untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027.
  • Kebanyakan PDK masih bergantung pada sumbangan luar dan bantuan wakil rakyat untuk menampung keperluan operasi.
  • Kementerian berharap cadangan pemerkasaan ekonomi penjagaan dipertimbangkan dan diluluskan oleh kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, cadangan berkenaan antara tumpuan kementerian bagi meningkatkan kesejahteraan golongan OKU serta petugas yang menyokong proses pemulihan dalam komuniti.

Menurut beliau, kebanyakan PDK masih bergantung kepada sumbangan luar dan bantuan wakil rakyat di kawasan masing-masing bagi menampung keperluan operasi.

“Jadi perkara ini sering dibangkitkan supaya elaun ditambah untuk membantu masyarakat di kawasan yang diwakili,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Able for Disable dan Penyampaian Sijil Kursus Pengenalan Job Coach AEON 2026, di sini.

Sementara itu, menjelang pembentangan Belanjawan 2027, KPWKM turut berharap cadangan berkaitan pemerkasaan ekonomi penjagaan dapat dipertimbangkan dan diluluskan kerajaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.