Belanjawan 2027 bantu rakyat depani cabaran kos sara hidup

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor / Foto Facebook Hajiji Haji Noor

KOTA KINABALU, 9 Oktober – Belanjawan 2027 membuktikan keseriusan kerajaan MADANI dalam membantu rakyat berdepan cabaran kos sara hidup sekali gus meringankan beban rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengurangan cukai dijangka memberi manfaat kepada pelbagai segmen masyarakat.
  • Pemberian insentif kepada penjawat awam memperkukuh motivasi dan perkhidmatan awam.
  • Sokongan khusus kepada peniaga membantu memulihkan dan menstabilkan aktiviti perniagaan.
  • Belanjawan mencerminkan kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang kukuh walaupun wujud ketidaktentuan global.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata pelbagai langkah diumumkan menerusi belanjawan kali ini yang dilihat mampu memberi manfaat terhadap seluruh lapisan masyarakat antaranya pengurangan cukai serta pemberian insentif kepada penjawat awam dan peniaga.

Beliau berkata, Belanjawan 2027 turut mencerminkan kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

“Saya menyifatkan Belanjawan 2027 sebagai belanjawan yang mampu meringankan beban rakyat. Ini juga mencerminkan kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang kukuh, meskipun berdepan dengan krisis di Asia Barat serta konflik antara Rusia dan Ukraine.

“Belanjawan ini turut memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat menerusi langkah pengurangan cukai, pemberian insentif kepada penjawat awam serta sokongan kepada golongan peniaga,” katanya.

Beliau temui pada sidang media selepas menyaksikan siaran langsung pembentangan Belanjawan 2027 di Menara Kinabalu, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.