fb fb fb fb fb

Belanjawan 2023 : Pacu pertumbuhan negara dan beri Rahmah kepada rakyat

(FOTO FB KementerianKewanganMalaysia)

PUTRAJAYA, 8 Februari-Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa dan berupaya memacu pertumbuhan serta pelaburan ke dalam negara.

Pada masa sama, memberi rahmah kepada rakyat Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerajaan akan meneliti beberapa aspek lain termasuk daya saing, kepantasan dalam kelulusan perniagaan serta beberapa inisiatif baharu termasuk pendigitalan dan pengeluaran sumber asli dalam proses hiliran dalam Belanjawan kali ini.

"Seperti digitalisation, beberapa tindakan utk memastikan pengeluaran sumber asli melalui proses hiliran. Itu semua kita ketinggalan dari Indonesia, Thailand dan Vietnam umpamanya. hal-hal ini kita mesti depani untuk memastikan kita mampu berdaya saing", katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan di sini.

Turut hadir dalam perhimpunan berkenaan adalah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim.

 


(FOTO HIASAN/FOTO RTM)

Media Baharu