fb fb fb fb fb

100 bubu naga disita di perairan Kuala Kangkung

(Jabatan Perikanan Negeri Kedah menyita 100 bubu naga menerusi operasi yang dilakukan Cawangan Koservasi
dan Perlindungan Perikanan (CKOPP) Kedah)

ALOR SETAR, 8 Februari- Sebanyak 100 unit bubu naga disita di sekitar perairan Kuala Kangkung, di sini oleh Jabatan Perikanan Negeri Kedah menerusi operasi yang dilakukan Cawangan Koservasi dan Perlindungan Perikanan (CKOPP) Kedah.

Pengarahnya, Sukri Deris berkata, operasi itu disertai enam anggota ekoran aduan demi aduan yang diterima daripada nelayan di sekitar kawasan berkenaan.

Kesemua bubu naga tersebut disita di bawah Seksyen 49 Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata, penggunaan bubu naga atau turut dikenali sebagai bubu kambam merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 (3) (c) Akta Perikanan 1985.

Dibawah seksyen itu, memasang, atau menyebabkan dipasang, apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada ketua pengarah sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan adalah tidak dibenarkan.

"Sifat tamak haloba menjarah hasil laut menggunakan peralatan bubu naga harus dihentikan kerana ia memerangkap benih ikan dan hidupan marin hingga mengancam ekosistem laut, sekali gus menjejaskan pendapatan nelayan pantai," katanya.

(100 bubu naga disita di bawah Seksyen 49 Akta Perikanan 1985)

Media Baharu