fb fb fb fb fb

Bekas CEO PKNP diarah bayar RM2.46 juta kepada SC

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; SC berjaya dalam tuntutan saman sivil dagangan orang dalam, terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Perak Corporation Bhd; PCB.

Datuk Aminuddin Md Desa diarahkan oleh Mahkamah Tinggi, membayar RM2.46 juta kepada SC, tiga kali ganda keuntungan yang diperoleh hasil pelanggaran dagangan orang dalam.

Beliau juga dikehendaki membayar penalti sivil RM1 juta dan kos RM100,000.

Beliau didapati melanggar seksyen 188(2)(a), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dengan memperoleh lebih 1.4 juta saham PCB antara Oktober 2013 dan Januari 2014, semasa dalam pemilikan maklumat dalaman.

Dagangan orang dalam adalah salah laku serius dalam pasaran modal.

Penguatkuasaan berterusan oleh SC, menggariskan komitmen untuk menangani salah laku dalam menyalah guna integriti pasaran modal.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE