fb fb fb fb fb

Bekalan beras putih di Perlis dijangka kembali pulih

PADANG BESAR, 6 Oktober - Bekalan beras putih di Perlis dijangka kembali pulih dalam tempoh seminggu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Razali Saad berkata menerusi pemantauan yang dilaksanakan, pihaknya mendapati bekalan beras putih tempatan di peringkat pemborong dilihat mencukupi untuk diagihkan kepada peruncit sekitar Perlis.

(Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Razali Saad)

"Tinjauan kita mendapati stok yang ada mencukupi untuk masa yang terdekat ini untuk diberikan secara menyeluruh kepada peruncit-peruncit yang ada di negeri Perlis supaya bekalan akan ada seperti sedia kala," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai Ops Jamin Bersepadu Beras Putih Tempatan bersama Pegawai Penguatkuasa Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di sini.
 
Tambah Razali, kerjasama penguatkuasaan rentas agensi akan terus dipertingkatkan bagi memastikan keberadaan BPT di pasaran serta memastikan pematuhan arahan yang ditetapkan kepada pemborong.

Media Baharu