fb fb fb fb fb

Beberapa rumah dinaiki air hingga paras lutut di Samarahan

SAMARAHAN, 20 Disember- Hujan lebat turun tanpa henti selama tiga jam di Samarahan menyebabkan banjir kilat berlaku mengakibatkan puluhan rumah dimasuki air sehingga mencecah paras lutut.

Tinjauan kru RTM di Taman Samarindah mendapati sebuah kedai makan terpaksa ditutup awal selepas dimasuki air sehingga ke ruang tamu rumah pemilik kedai berkenaan.

Menurut penduduk terjejas banjir Kasturi Mokhtar, "setiap kali hujan lebat beliau sekeluarga terpaksa berdepan dengan banjir kilat berikutan sistem perparitan yang kurang sempurna di kawasan perumahan tersebut."

Beliau berharap agar kerajaan akan bertindak segera dalam menyelesaikan masalah banjir kilat terbabit.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah, pihaknya sentiasa memantau perubahan cuaca terutama semasa angin monsun timur laut.

Menurutnya, Samarahan tidak terkecuali daripada dilanda banjir kerana ia merupakan kawasan yang berpotensi dinaiki air.

Bagaimanapun tiada sebarang pemindahan penduduk direkodkan setakat pukul 5.00 petang tadi.

(Foto hiasan)

Media Baharu