fb fb fb fb fb

Bayi ditinggalkan tepi longkang, polis sedang kesan waris

Foto Fail

MANJUNG, 26 November- Polis Perak giat mengesan waris kepada seorang bayi lelaki yang ditemukan dalam sebuah beg di tepi longkang di Ayer Tawar, Manjung semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata laporan mengenai kejadian diterima pada pukul 8.36 malam.

Jelasnya, laporan mengenainya dibuat seorang lelaki berusia 45 tahun yang menemukan bayi itu.

"Bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Seri Manjung dan berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk rawatan serta pemantauan lanjut.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan luaran dan bayi berada dalam keadaan sihat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana mendedahkan serta membuang kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dengan niat.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor, Nur Munawara Ahmad di talian 011-16240391 bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM