fb fb fb fb fb

Bas ekspres terbalik di Kuala Krai, 15 penumpang cedera

FOTO JBPM KELANTAN

KUALA KRAI, 26 September - Seramai 15 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kampung Batu Balai, Jalan Kuala Krai–Kota Bharu, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 5.30 pagi.

“Sepasukan anggota dari BBP Sungai Durian dan Kuala Krai segera digerakkan ke lokasi. Setibanya pada jam 5.54 pagi, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas Naza Ekspres dengan keseluruhan 15 mangsa termasuk pemandu,” katanya.

Beliau berkata, dua daripada mangsa didapati tersepit dan kerja-kerja menyelamat segera dijalankan.

Operasi berkenaan diketuai PBK II Mokhtar Che Mah dengan kekuatan 13 pegawai dan anggota serta tiga jentera termasuk sebuah EMRS.

Nik Ahmad Afsham memaklumkan, semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE