fb fb fb fb fb

Bapa Azizulhasni meninggal dunia


KUALA LUMPUR, 31 Januari - Bapa 'The Pocket Rocketman', Datuk Azizulhasni Awang meninggal dunia awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan Allahyarham Awang Embong, 72, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Nibong Stesen, Dungun.

Abang ipar Azizulhasni, Mohd Razman Mohamad mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat strok.

Sebelum ini, Allahyarham dimasukkan ke sebuah hospital swasta selama empat hari disebabkan masalah pernafasan.

Namun begitu, Allahyarham dibenarkan pulang petang semalam selepas disahkan kembali stabil.

Kali terakhir jaguh berbasikal trek negara yang kini berada di Melbourne, Australia itu bertemu bapanya adalah pada awal bulan lalu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi catatan di Twitter mengucapkan takziah atas pemergian bapa Datuk Azizulhasni.

Beliau berharap jaguh berbasikal negara dan keluarga tabah menghadapi dugaan.

Ahmad Faizal turut mendoakan Allahyarham Awang Embong ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Media Baharu