fb fb fb fb fb

BAP perlu diberi tanpa sebarang bentuk pemotongan

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 27 Januari - Pihak sekolah diminta patuhi semua garis panduan berkaitan pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Kementerian Pedidikan dalam satu kenyataan berkata, penyaluran bantuan bernilai RM150 kepada setiap murid perlu diberi tanpa melakukan sebarang bentuk pemotongan.

"Kementerian Pendidikan Malaysia prihatin terhadap beberapa aduan yang diterima mengenai penyaluran peruntukan BAP kepada murid.

"BAP bernilai RM150 bagi setiap murid dilaksanakan bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga," menurut kenyataan itu.

Penyaluran BAP dilakukan melalui sekolah secara kredit ke akaun murid atau secara tunai.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai BAP boleh berbuat demikian menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM.

Media baru-baru ini melaporkan mengenai perkongsian menerusi laman X yang mendakwa pihak ibu bapa hanya mendapat RM50 daripada keseluruhan RM150 yang diperuntukkan bagi BAP.

KPM sebelum ini mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 khusus untuk tujuan BAP yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid.

TETITIA YUSOFF