fb fb fb fb fb

Bantuan khas kewangan sukarelawan tanda pengiktirafan, penghargaan

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang diberi kepada lebih 200,000 anggota sukarelawan keselamatan yang diumum Perdana Menteri, tanda pengiktirafan dan penghargaan buat golongan itu.

Menyifatkan mereka tidak mempunyai 'gaji tetap', bantuan itu pastinya meringankan beban kewangan mereka menjelang Aidlifitri.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata insentif itu pastinya menjadi satu motivasi kepada sukarelawan keselamatan untuk terus memberi perkhidmatan terbaik dalam memastikan keamanan negara.

(Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM),
Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff)

"Kita juga harus mengiktiraf peranan mereka yang amat penting dalam membantu memastikan negara aman dan selamat. Walaupun ini adalah bantuan khas aidilfitri, diharapkan golongan ini tidak akan dilupakan untuk tahun-tahun mendatang. Mungkin ini akan dapat dijadikan satu imbuhan tetap kepada mereka setiap tahun di dalam Belanjawan seperti yang diterima pesara kerajaan kerana sumbangan mereka ini penting dalam pembangunan negara", katanya.

Profesor Madya Dr Ahmed Razman berkata demikian ketika dihubungi Berita RTM.

Media Baharu