fb fb fb fb fb

Bantu wakil rakyat, rancak pembangunan kawasan masing-masing - Fahmi

KUALA LUMPUR, 6 Februari - Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menyarankan agar pihak syarikat di sesuatu kawasan Parlimen untuk membantu wakil rakyat mereka dalam usaha merancakkan pembangunan di kawasan masing-masing, beliau mengulas mengenai pengurangan peruntukan setiap Ahli Parlimen.

Beliau berkata bagaimanapun langkah membantu Ahli Parlimen itu tidak boleh dijadikan alasan untuk pihak syarikat mendapatkan timbal balas atas apa yang telah diberikan secara sesuka hati.

"Sekiranya boleh, syarikat-syarikat ambil ikhtiar untuk memahami kawasan sekitar mereka dan apa yang boleh mereka bantu di kawasan lokaliti itu,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

(Fahmi bercakap kepada pemberita selepas menghadiri
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai, di sini)

Pada Jumaat lepas, dilaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengesahkan terdapat pengurangan peruntukan pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta yang bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat. - BERNAMA

Media Baharu