fb fb fb fb fb

Bantu nelayan tambah pendapatan


KANDANG, 21 Februari - Jabatan Perikanan Negeri Melaka melaksanakan pelbagai inisiatif, dalam usaha membantu nelayan di negeri itu menambah pendapatan.

Menurut Pengarahnya Mohd Fauzi Salehon, antaranya pembinaan sangkar ternakan ikan tilapia di Sungai Linggi, selain projek ternakan semula kupang dan kerang di perairan Jasin.

Jelas Fauzi, langkah ini dapat memberi pendapatan tambahan kepada nelayan antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan.

"Kalau yang macam sangkar ini, keseluruhan projek sebelum ini untuk membuat sangkar di Linggi sahaja mencecah hampir RM600,000. Kita jangkakan daripada pengusaha, mereka akan dapat pulangan lebih RM2,000 sebulan. Kita akan pastikan mereka ini melepasi tahap kemiskinanlah," kata Fauzi selepas Program Pelepasan Benih Ikan dan Penyerahan Lesen Sampan Khas Negeri Melaka di sini.

Bagi projek ternakan ikan sangkar, benih anak ikan akan mula dimasukkan pada bulan hadapan.

Manakala untuk peruntukan ternakan kerang, ia masih dalam proses permohonan daripada Kerajaan Negeri dan akan dilaksana sebaik sahaja diluluskan.

 

Media Baharu