fb fb fb fb fb

Banjir Sarawak: Jumlah penduduk terjejas tidak berubah, 262 masih berlindung di PPS

FOTO PKOD BELURU

KUCHING, 13 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara, PPS kekal 262 orang melibatkan 81 keluarga setakat pukul 8.00 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, kesemua mereka ditempatkan di lima buah PPS yang masih aktif.

Bahagian Miri masih mencatat bilangan tertinggi penduduk terjejas di PPS iaitu 210 orang daripada 65 keluarga.

Ia melibatkan daerah Beluru yang mempunyai 2 PPS beroperasi iaitu Dewan Masyarakat Beluru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong Beluru.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE