KUCHING, 1 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Sarawak yang dipindahkan kini mencecah 12,914 orang.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan, setakat pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak 62 pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif di seluruh negeri.
Jumlah keluarga terjejas direkodkan seramai 3,777.
Sementara itu, satu PPS baharu dibuka di SMK Tatau, melibatkan 38 penduduk daripada lapan keluarga.
Jumlah daerah yang terjejas akibat banjir kekal 17, melibatkan enam bahagian di Sarawak.