fb fb fb fb fb

Banjir Pontian: Satu PPS ditutup, jumlah penduduk terjejas berkurangan

(FOTO BERNAMA)

PONTIAN, 5 Mei - Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Bunian yang menempatkan 117 penduduk terjejas banjir sebelum ini, ditutup secara rasmi petang tadi.

Manakala hingga pukul 8 malam, jumlah mereka yang berlindung di dua PPS berkurang kepada 51 orang daripada 11 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan, PPS SK Melayu Raya menempatkan 19 penduduk (4 keluarga) dari Kampung Sri Segambut.

Manakala PPS SK Seri Bukit menempatkan 32 orang penduduk (7 keluarga) dari Kampung Bukit Panjang.

"Pemantauan dan pemindahan dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Penghulu, Ketua Kampung, Rela, Polis DiRaja Malaysia(PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat," menurut kenyataan itu.

(Keadaan rumah di Kampung Sri Gambut, yang dinaiki air susulan hujan lebat
lebih dua jam bermula pukul 3.30 pagi, 4 Mei 2022/BERNAMA)

Sementara itu di Mersing, jumlah mangsa kebakaran dua buah rumah di Kampung Gajah Mati ditempatkan di PPS Kompleks Penghulu Mukim Jemaluang, Mersing.

Kesemua mereka kekal 31 orang.

Media Baharu