fb fb fb fb fb

Banjir Perak: Penduduk terjejas banjir meningkat

FOTO FAIL

IPOH, 1 November - Setakat pukul 12.00 tengahari tadi penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 334 orang berbanding 329 orang, pada 10.00 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi iaitu di daerah Kerian dan Hilir Perak.

PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan jumlah penduduk terjejas banjir tertinggi iaitu seramai 183 penduduk daripada 54 keluarga.

"PPS MPTI Langkap telah dibuka melibatkan lima penduduk daripada satu keluarga. 

"Sementara itu, PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian menempatkan 90 penduduk daripada 22 keluarga," katanya dalam kenyataan itu.

Manakala PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu menempatkan 56 penduduk daripada 18 keluarga.

TETITIA YUSOFF