fb fb fb fb fb

Banjir Perak: Empat PPS dibuka

Penduduk terjejas banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara

IPOH, 24 Ogos - Seramai 241 penduduk terjejas banjir daripada 60 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumka, ia melibatkan daerah Muallim iaitu PPS Masjid Jamek Kampung Pasir yang menempatkan 124 penduduk melibatkan 30 buah keluarga yang dibuka seawal 9.00 malam pada Jumaat.

Manakala 51 penduduk terdiri daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS Masjid Jamek Slim Village, daerah sama.

"Dua PPS dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) tengah malam tadi berikutan banjir yang berlaku di kawasan tersebut.

"Antaranya PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang dengan 32 penduduk terjejas daripada 11 keluarga dan PPS Masjid Ali Rouse Ulu Sepetang dengan 34 penduduk daripada tujuh keluarga," menurut sekretariat itu.

Hujan lebat berterusan sejak petang semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di Perak mengalami banjir.

TETITIA YUSOFF