fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Batu Pahat meningkat kepada 321 orang

Foto APM Batu Pahat

BATU PAHAT, 6 April- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading, Batu Pahat, Johor meningkat kepada 321 orang, setakat pukul 8.00 malam.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, PPS itu menempatkan 107 buah keluarga dari Kampung Baharu, Batu Pahat.

PPS berkenaan dibuka pada pukul 2.00 petang semalam, susulan banjir kilat yang melanda kampung berkenaan.

Sungai Senggarang merekodkan paras amaran iaitu 3.36 meter. Manakala, Sungai Batu Pahat mencatatkan paras waspada, 2.30 meter.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor terus melakukan pemantauan di lokasi berisiko.

ROSLINA BINTI DIN