RAUB, 18 Januari- Banjir di Pahang pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai, di sini yang menempatkan 32 penduduk terjejas ditutup pada pukul 12.00 tengah hari tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, kesemua 13 keluarga tersebut dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Berdasarkan rekod, PPS terbabit mula dibuka pada semalam kira-kira pukul 2.30 pagi.