fb fb fb fb fb

Banjir Melaka: Satu lagi PPS dibuka malam tadi

ALOR GAJAH, 25 Oktober - Angka penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 38 orang daripada 11 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding 27 individu daripada enam keluarga, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan sebuah lagi PPS dibuka di Alor Gajah iaitu Balai Raya Gadek pada 11 malam semalam, yang menempatkan 11 penduduk terjejas daripada lima keluarga.

27 penduduk terjejas daripada enam keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, iaitu penduduk Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau.

Media Baharu