fb fb fb fb fb

Banjir Melaka: 41 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMA

MASJID TANAH, 13 Ogos- Cuaca cerah sejak semalam di Melaka membolehkan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, dua lagi PPS ditutup iaitu PPS Balai Raya Ayer Paabas dan PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ar-Rasyidin, setakat pada pukul 1.00 tengah hari tadi.

Ia menjadikan jumlah penduduk yang masih berada di PPS adalah seramai 170 orang daripada 41 keluarga.

"Antara PPS yang masih lagi dibuka ialah PPS Japerun Kuala Linggi dengan 54 penduduk daripada 12 keluarga; PPS Balai raya Paya Lebar (61 penduduk daripada 13 keluarga); PPS Dewan Japerun Ayer Limau (44 penduduk daripada 12 keluarga) dan PPS Balai Raya Seri Jeram (11 penduduk daripada empat keluarga)," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM