
LIMBANG, 8 Mac – Seramai 10 penduduk terjejas banjir daripada empat keluarga ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Medamit di sini susulan hujan berterusan sejak Jumaat.
- Pusat Pemindahan Sementara diaktifkan pada 11.30 malam bagi menempatkan penduduk dari Hujung Jalan Medamit.
- Penduduk terjejas terus ditempatkan di PPS dan keadaan dipantau.
- APM akan terus menjalankan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir.
- Kawasan dipantau: Hujung Jalan Medamit, Jalan Kubong, Pangkalan Jawa dan Batu Danau.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Leftenan (Pertahanan Awam) Jumat Akasas berkata PPS berkenaan diaktifkan pada 11.30 malam tadi bagi menempatkan penduduk dari kawasan Hujung Jalan Medamit.
Setakat 10 pagi tadi, jumlah penduduk yang berada di PPS berkenaan masih kekal seramai 10 orang daripada empat keluarga.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan terus menjalankan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir di daerah itu.
Antara kawasan yang dipantau ialah Hujung Jalan Medamit, Jalan Kubong, Pangkalan Jawa dan Batu Danau.