fb fb fb fb fb

Banjir: KPT beri ruang universiti laksana pembelajaran dalam talian

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

KUALA LUMPUR, 2 Disember - Pelajar di universiti awam di negeri yang terjejas banjir diberi kelonggaran mengikuti pengajian secara dalam talian mengikut kesesuaian masing-masing.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya juga akan mengenal pasti penuntut universiti yang terjejas bagi menyalurkan bantuan sewajarnya.

"Kita ada skuad kita di setiap universiti iaitu Ihsan MADANI. Yang keduanya melibatkan kalau ada kawasan-kawasan yang terjejas disebabkan mereka boleh buat secara dalam talian.

"Setakat ini kawasan yang terlibat seperti Kelantan, Terengganu dan kita beri fleksibiliti kepada universiti, mereka tahu apa yang perlu mereka laksanakan," kata Dr Zambry.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan Kementeria Pengajian Tinggi (KPT), di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pada 29 November lepas, media melaporkan sebanyak 3,029 penuntut institusi pengajian tinggi awam terjejas banjir dengan 481 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam kampus manakala 42 lagi dipindahkan ke PPS luar.

Zambry berkata pelajar yang terkesan khususnya di Pantai Timur melibatkan Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Malaysia Kelantan serta politeknik.

TETITIA YUSOFF