fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Pahang kekal 375 orang

(Foto fail)

TEMERLOH, 10 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang kekal dengan 375 orang melibatkan 113 keluarga, setakat jam 2.00 petang.

Kesemua penduduk terjejas kini ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di tiga daerah iaitu Temerloh, Lipis dan Bera.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, penduduk paling ramai kini ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan, Temerloh, iaitu seramai 279 orang.

Diikuti dua PPS di Lipis iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit menempatkan 52 orang penduduk dan Masjid Kampung Beletik menempatkan 27 orang.

Manakala di Bera, seramai 17 orang ditempatkan di PPS SK Sri Buntar.


(Kesemua penduduk terjejas kini ditempatkan di empat PPS yang dibuka
di tiga daerah iaitu Temerloh, Lipis dan Bera)

Media Baharu