JOHOR BAHRU, 23 Mac-Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor berkurangan daripada 4,132 orang kepada 3,595 penduduk, setakat pukul 10 malam tadi.
Menerusi maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, ia melibatkan 1,095 buah keluarga masih berlindung di 21 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Johor Bahru kekal merekodkan penduduk terjejas tertinggi, iaitu 2,234 penduduk daripada 1,702 buah keluarga berlindung di sembilan PPS.
Sementara itu, lima PPS masih beroperasi di Pontian, menempatkan 481 orang, diikuti empat PPS di Kluang, dengan 487 penduduk, sebuah PPS di Batu Pahat, dengan 324 penduduk, dan dua PPS di Kota Tinggi, dengan 89 penduduk.
Ketika ini, bacaan lima paras air sungai termasuk Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang berada pada paras amaran.