KUALA TERENGGANU, 26 November - Banjir di Terengganu terus meningkat melibatkan enam daerah.
Enam daerah terjejas banjir kecuali Kemaman dan Kuala Nerus.
Menurut Info Banjir Bencana JKM, setakat pukul 10.00 malam, 3,502 penduduk terjejas daripada 1,140 keluarga kini berlindung di 43 pusat pemindahan sementara (PPS)
Penduduk paling ramai terjejas adalah di Daerah Marang melibatkan 1,846 penduduk daripada 565 keluarga di sembilan PPS. Manakala, daerah Setiu dengan 1,053 penduduk daripada 375 keluarga di 20 PPS.
Diikuti Kuala Terengganu (189) penduduk, Besut (216), Dungun (103) dan Hulu Terengganu 95 orang.
