fb fb fb fb fb

Banjir di Terengganu dan Kelantan catat peningkatan penduduk terjejas banjir pagi ini

KUALA LUMPUR, 28 Februari- Sehingga 6 pagi tadi penduduk terjejas banjir di Terengganu terus menunjukkan peningkatan dengan 3,097 keluarga dipindahkan.

Terkini 10,861 penduduk terjejas banjir direkodkan berbanding 8,176 pada 12 tengah malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata ketika ini, 157 PPS dibuka di semua daerah.

Hulu Terengganu merekodkan penduduk terjejas paling tinggi dengan 2,946 penduduk diikuti Kemaman (2,750) dan Besut (2,187).


(3,097 keluarga terjejas banjir di Terengganu ditempatkan di PPS setakat 6 pagi tadi) 

Daerah Setiu pula merekodkan 1,277 penduduk, Dungun (1,236), Kuala Nerus mencatatkan 407 penduduk.

Bagi daerah Kuala Terengganu pula merekodkan 57 penduduk dan Marang kekal 5 orang.

Terengganu mula banjir bermula khamis lepas dan disifatkan paling teruk dalam lima episod gelombang monsun Timur Laut sejak 2 Disember lalu.

Sementara itu di Kelantan, jumlah penduduk terjejas banjir juga meningkat kepada 8,489 orang daripada 2,750 keluarga.

Sebanyak 68 PPS dibuka melibatkan tujuh jajahan iaitu Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.

Media Baharu